Polis cari Musa bantu siasatan - Utusan Malaysia

Polis cari Musa bantu siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Polis Sabah sedang mengesan bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman bagi membantu siasatan berhubung laporan polis yang dibuat oleh Yang Dipertua Ne­geri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin pada 14 Mei lalu.

Pesuruhjaya­ Polis Sabah, Da­tuk Ramli Din berkata, kete­rangan Musa perlu direkodkan bagi melengkapkan siasatan sebelum diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

“Risikan mengatakan Pe­ngerusi Barisan Nasional (BN) Sabah itu dikatakan tidak berada di sekitar bandar raya Kota Kinabalu. Polis sedang mencari jalan untuk mendapatkan beliau (Musa) bagi merakamkan percakapan dengan segera.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setakat ini, hanya kete­rangan Musa belum diambil. Bagaimanapun, terdapat beberapa lagi tindakan perlu dilakukan sebelum kertas siasatan dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penye­rahan Kuih-Muih Hari Raya Aidilfitri 2018 Kepada Pasukan Keselamatan di Auditorium Menara Tun Mustapha di sini semalam.

Hadir sama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini