Kuala Lumpur – Penyanyi rock legenda, Amy Search mendedahkan isterinya, Norish Hassan kini hamil anak keempat mereka.
“Alhamdulillah, isteri saya hamil lagi. Namun usia kehamilannya masih baru, sekitar sebulan. Doakan semoga kehamilannya lancar,” ujar Amy teruja sewaktu dihubungi Kosmo!.
Apa yang menjadi perhatian adalah Amy kini sudah berusia 60 tahun, manakala Norish sudah sembilan tahun tidak hamil selepas kali terakhir melahirkan anak lelaki mereka, Qaqa-At Tameemi.
Amy turut memuat naik sebuah video yang menunjukkan dua batang alat uji kehamilan yang menunjukkan dua garis tanda positif hamil dalam Instagram miliknya sebentar tadi.
Walaupun meletakkan kapsyen yang berbunyi pertanyaan, namun khalayak dapat meneka alat uji kehamilan tersebut milik Norish, 37.
Sejak beberapa tahun lalu, Amy memasang impian untuk memperoleh cahaya mata lagi.
Perkahwinan bersama Norish telah memberi pasangan itu tiga orang cahaya mata.
Amy mempunyai dua orang anak perempuan lain, masing-masing menerusi perkahwinannya yang terdahulu.
Norish pula memiliki seorang anak perempuan menerusi perkahwinan pertamanya.











