Wan Azizah mengadap bonda Sultan Muhammad V - Utusan Malaysia

Wan Azizah mengadap bonda Sultan Muhammad V

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 24 Mei – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melakukan kunjungan pertama ke negeri ini dengan meluangkan masa mengadap bonda Yang di-Pertuan Agong, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.

Pesawat yang membawa rombongan Dr. Wan Azizah tiba pada pukul 9.35 malam di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di Pengkalan Chepa, di sini.

Beliau yang turut diiringi suaminya yang juga Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kemudiannya bertolak ke Istana Mahkota di Kubang Kerian, di sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sumber memberitahu, kunjungan kira-kira sejam itu atas jemputan Tengku Anis sendiri.

Difahamkan pada pertemuan itu Dr. Wan Azizah mahu menyampaikan penghargaan kepada Tengku Anis terhadap perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V yang membenarkan rayuan pengampunan penuh dan pembebasan serta-merta Anwar pada 16 Mei lalu.

Dr. Wan Azizah, 66, mencatat sejarah sebagai wanita pertama dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan mengangkat sumpah Isnin lalu selepas Pakatan Harapan mencatatkan kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini