10 keluarga saman EU - Utusan Malaysia

10 keluarga saman EU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS 24 Mei – Seramai 10 buah keluarga dari Eropah, Kenya dan Fiji memfaikan saman terhadap Kesatuan Eropah (EU) berikutan ancaman pemanasan global yang berlaku ke atas kediaman dan mata pencarian mereka.

Mereka menegaskan bahawa EU perlu melakukan sesuatu untuk mengehadkan perubahan iklim yang disebabkan oleh pembebasan gas rumah hijau dan menyumbang kepada kemarau, pencairan glasier, peningkatan paras air laut dan banjir.

Kesemua plaintif yang hadir di Mahkamah Keadilan Eropah adalah merupakan keluarga yang tinggal berdekatan pesisiran pantai, memiliki hutan di Portugal serta tinggal di kawasan bukit dan dapat melihat pencairan glasier.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mereka terkesan dengan perubahan iklim dan mahu EU melindungi mereka kerana jika tidak, kerosakan yang sudah ditanggung akan bertukar menjadi bencana,” kata peguam, Roda Verheyen.

Saman tersebut merupakan yang pertama seumpamanya difailkan terhadap EU. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini