AMPANG 24 Mei – Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) melalui Majlis Perbandaran Ampang Jaya ( MPAJ) memperkenalkan aplikasi pintar Boost yang membolehkan orang ramai berurus niaga tanpa tunai di bazar Ramadan di seluruh Selangor sejak seminggu yang lalu.
Pengarah pengurusan SSDU, Dr. Mohammad Fahmi Ngah berkata, melalui inisiatif itu semua peniaga dan pelanggan akan memanfaatkan teknologi kod respon pantas atau QR Code untuk semua urusan jual beli.
“Penggunaan aplikasi Boost ini memboleh orang ramai membeli-belah di bazar Ramadan.
“Sebagai permulaan, Bazar Ramadan Pandan Indah dipilih menjadi lokasi pertama yang menggunakan aplikasi ini dan akan dikembang ke bazar Ramadan di kawasan lain,” katanya kepada pemberita ketika hadir ke Program Bazar Ramadan Mampan 2018 di sini hari ini.
Tambah Mohammad Fahmi, dalam tempoh seminggu sebanyak 49 kiosk telah menggunakannya dengan 400 transaksi- utusan online.











