100 golongan memerlukan terima bantuan - Utusan Malaysia

100 golongan memerlukan terima bantuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH 24 Mei – Seramai 100 golongan yang memerlukan dalam kalangan warga emas, ibu tunggal, anak yatim, pelajar tahfiz serta orang kurang upaya yang merupakan penduduk di daerah ini diraikan dalam satu majlis berbuka puasa.

Memuatkan artikel berkaitan…

Timbalan Presiden Pertubuhan Mesra Pengguna Malaysia (PMPM), Azlin Othman berkata, program tersebut dianjurkan secara bersama oleh PMPM, Kelab Media Prima dan A’Famosa Resort.

“Majlis pada malam ini bertujuan untuk meraikan golongan memerlukan dalam kawasan Parlimen Alor Gajah dengan memberikan mereka barang-barang keperluan bagi membantu kehidupan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam Majlis Semarak Ramadan di A’Famosa Resort, di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Presiden PMPM, Datuk Seri Haniff Omar; bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gadek, Datuk M.S. Mahadevan dan Presiden Kelab Media Prima, Khairuzzaman Mohammad. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN