Statistik pembiayaan projek mesti telus - Utusan Malaysia

Statistik pembiayaan projek mesti telus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Mei – Statistik pembiayaan sebenar berkaitan projek semasa terutamanya projek mega di Malaysia perlu diberi tahu kepada orang ramai tanpa sebarang maklumat yang tersembunyi.

MOHD. MUNIR ABDUL MAJID
MOHD. MUNIR ABDUL MAJID

Pengerusi Lembaga Profesional Perkhidmatan Kewangan (FSPB), Tan Sri Mohd. Munir Abdul Majid berkata, dari sudut pengawal seliaan, integriti sangat penting termasuk angka.

Katanya, integriti disifatkan sebagai asas utama terhadap projek pelaburan yang telah diluluskan sebelum ini mahupun akan datang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, terdapat dakwaan oleh Ahli Parlimen bahawa kos projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dinaikkan bagi memperoleh dana pendahuluan untuk membayar hutang Malaysia.

“Buat masa ini, seperti yang diketahui umum, siasatan sedang dijalankan terhadap 1Malaysia Development Berhad. (1MDB) dan ECRL.

“Sekiranya perkara yang sedang hangat diperkatakan benar-benar berlaku, ini jelas salah,” katanya kepada pemberita sempena Persidangan Etika Perniagaan 2018 di sini hari ini.

Ahli Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin baru-baru ini melaporkan bahawa kos sebenar ECRL itu tidak boleh melebihi RM55 bilion.

Beliau berkata, angka yang di umumkan oleh pentadbiran terdahulu hanyalah ‘untuk fasa pertama projek’.

Daim berkata, berkemungkinan akan ada fasa kedua ECRL, yang menelan kos RM11 bilion, dan jika kadar faedah diambil kira, angkanya akan menjadi le­bih tinggi.

Sementara itu, Menteri Kewangan yang baru dilantik, Lim Guan Eng berkata, kerajaan ‘membayar’ obligasi hutang 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) sejak April 2017, dan pembayaran bagi pihak dana negara itu berjumlah RM6.98 bilion.

Beliau juga mengesahkan ba­hawa hutang Malaysia mele­bihi RM1 trilion, dengan faktor penyum­bang termasuk hutang 1MDB dan projek mega yang diluluskan oleh kerajaan sebelumnya.

Terdahulu, Munir menyampaikan ucapan pembukaan Persidangan Etika Perniagaan 2018 anjuran bersama antara FSPB dan Institut Kewangan Asia (AIF).

Dalam ucapan beliau, Munir memberitahu, seluruh dunia ketika ini sedang memasuki fasa di mana data adalah lebih penting dan bernilai berbanding wang tunai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN