Lazada sasar jualan empat kali ganda - Utusan Malaysia

Lazada sasar jualan empat kali ganda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Lazada Malaysia menyasarkan peningkatan jualan empat kali ganda bagi sepanjang berlangsungnya kempen tahunannya, Riang Ria Raya bermula 1 hingga 4 Jun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Christophe Lejeune berkata, dengan menawarkan diskaun sehingga 90 peratus daripada pelbagai jenama barangan terkenal, pihaknya yakin platform e-Dagang itu menjadi pilihan utama pelanggan untuk membeli-belah termasuk barangan kelengkapan raya.

“Dengan mengetengahkan lebih daripada 100 juta produk, pengguna mempunyai lebih pilihan untuk membeli-belah barangan kegemaran mereka pada harga diskaun sempena musim perayaan ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain itu, dengan beberapa ciri yang ditambah baik pada platform Lazada seperti Lazadastyle, kami yakin ia dapat menarik minat lebih ramai pembeli terutamanya kaum wanita, yang merupakan kuasa membeli terbesar dalam kalangan pelanggan kami,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran kempen Riang Raya Raya di sini semalam.

Menurut Lejeune, bersempena dengan kempen tersebut, Lazada Malaysia turut memperkenalkan sebuah saluran fesyen sehenti terbaharunya, Lazadastyle dan kedai sementara (pop-up store) Lazadastyle.

“Lazadastyle merupakan satu ciri baharu yang mengetengahkan pelbagai jenis fesyen dalam satu saluran yang terdapat di aplikasi mudah alih dan laman web Lazada.

“Ia memaparkan gaya fesyen tersendiri, rekaan tempatan serta carta interaktif untuk membantu pengguna mencari kombinasi produk yang paling sesuai dengan mereka,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN