Penuntut USIM maut kemalangan motosikal - Utusan Malaysia

Penuntut USIM maut kemalangan motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NILAI – Seorang penuntut perempuan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menemui ajal akibat digilis bas, manakala rakannya cedera selepas motosikal dinaiki mereka bergesel dengan kenderaan itu di Jalan USIM dekat Dewan Tuanku Canselor di sini, petang tadi.

Dalam kejadian pukul 5.45 petang itu, mangsa, pelajar tahun 3 Fakulti Sains Teknologi, Wamasaria Layai, 22, yang membonceng motosikal tersebut maut akibat parah pada kepala. 

Penunggang motosikal, Nurul Fariza Natasha Sapuan, 22, pula cedera ringan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Jabatan Siasatan dan Pengurusan Trafik negeri, Superintendan Ibrahim Mohd. Abdul Kadir berkata, siasatan awal mendapati motosikal dinaiki mangsa bergesel dengan sebuah bas menyebabkan mereka terjatuh.

“Pembonceng terjatuh dan terperosok di bawah bas menyebabkan mangsa digilis tayar kenderaan tersebut. Rakan mangsa pula hanya cedera ringan pada badan,” katanya.

Tambahnya, mangsa yang meninggal dunia dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban. Bedah siasat akan dijalankan pada pukul 10.30 pagi esok. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN