Arul Kanda hadir ke Kementerian Kewangan - Utusan Malaysia

Arul Kanda hadir ke Kementerian Kewangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 23 Mei- Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Arul Kanda tiba di bangunan Kementerian Kewangan di sini pada pukul 2.43 petang ini.

Arul tiba dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) berwarna hitam, difahamkan beliau akan mengadakan perjumpaan dengan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bagi membincangkan isu 1MDB.

Bagaimanapun, Arul hanya mendiamkan diri dan melontarkan senyuman ketika ditanya pemberita mengenai tujuannya hadir ke kementerian itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu semalam, Guang Eng dalam sidang akhbar pertamanya selaku Menteri Kewangan mengarahkan Arul memberi penjelasan mengenai kemampuan 1MDB dalam membayar hutangnya

Guan Eng turut mendedahkan, 1MDB tidak pernah membayar langsung hutang pinjamannya, sebaliknya dibayar oleh Kementerian Kewangan sejak April 2017 yang sudah berjumlah RM6.98 bilion setakat ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini