Kerajaan tidak akan naikkan harga petrol buat masa ini - Utusan Malaysia

Kerajaan tidak akan naikkan harga petrol buat masa ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kerajaan  tidak akan menaikkan harga petrol buat masa ini meskipun harga minyak mentah dunia setakat ini telah meningkat lebih daripada US$70 setong, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet pertama di bangunan  Perdana Putra, Putrajaya, di sini hari ini.

Berikutan pengumuman itu, harga petrol RON95, RON97 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.20 seliter, RM2.47 seliter dan RM2.18 seliter sejak lebih sebulan lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dr. Mahathir berkata, Pakatan Harapan melalui manifesto mereka sebelum ini telah berjanji akan menstabilkan harga minyak dan memperkenalkan semula subsidi petrol secara bersasar.

“Dasar kami adalah untuk tidak membuat perubahan harga mingguan mengikut pasaran,” katanya. 

Sementara itu, berkenaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), Dr. Mahathir berkata kadarnya akan dijadikan sifar tidak lewat daripada 1 Jun 2018.

ADS:D

Manakala, Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang dimansuhkan pada 1 April 2015 akan dikembalikan semula untuk menggantikan GST.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan, tindakan mengembalikan semula SST ini perlu dilakukan berikutan pengurangan hasil daripada kutipan GST setelah kadarnya disifarkan.

Langkah ini juga sejajar dengan program pembaharuan fiskal yang dilaksanakan kerajaan sekarang, kata kementerian itu. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN