Streram fail petisyen pilihanraya DUN Rantau - Utusan Malaysia

Streram fail petisyen pilihanraya DUN Rantau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Mei – Calon PKR, Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Dr. S. Streram yang gagal menunjukkan pas calon ketika hendak mendaftar sebagai calon kawasan itu di Rembau, memfailkan petisyen pilihan raya di Mahkamah Tinggi Seremban hari ini.

Steram selaku pempetisyen menamakan penyandang DUN Rantau, Datuk Seri Mohamad Hassan; Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN N.27 Rantau, Amino Agos Suyub dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai responden pertama hingga ketiga.

Pempetisyen dalam permohonannya antaranya memohon supaya mahkamah memutuskan Mohamad tidak dipilih atau dilapor pilih sebagai Ahli DUN dan pemilihannya tidak sah dan terbatal. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Pempetisyen juga memohon perisytiharan bahawa ahli DUN responden pertama itu tidak dipilih secara sah dan patut dikembalikan. 

Steram turut memohon perintah, satu pilihan raya kecil diadakan dengan serta-merta bagi DUN Rantau. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN