Warga emas mati dilanggar treler - Utusan Malaysia

Warga emas mati dilanggar treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH 23 Mei – Seorang warga emas maut selepas basikal ditunggangnya bergesel dengan sebuah treler sebelum dia digilis kenderaan berat itu di persimpangan lampu isyarat Jalan Bagan Luar di sini pagi ini.

Dalam kejadian pukul 8.30 pagi itu, mangsa, Lee Sen Chin, 93, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, ketika kejadian treler terbabit yang datang dari arah Seberang Jaya menuju ke Terminal Kontena Butterworth Utara berhenti di persimpangan itu ketika lampu isyarat merah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Apabila lampu bertukar warna hijau, treler itu bergerak sebelum bergesel dengan basikal yang ditunggang mangsa menyebabkan dia terjatuh sebelum digilis di bahagian badan.

“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kepala Batas untuk dibedah siasat dan kes disiasat di bawah Sek. 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini