Bella Dally fokus perniagaan - Utusan Malaysia

Bella Dally fokus perniagaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Mei- Pelakon Bella Dally dalam keadaan ini tiada yang lebih penting untuk sentiasa reda dengan apa sahaja ketentuan yang sudah ditakdirkan buat dirinya.

BELLA DALLY mahu memfokus perniagaan.

Jelasnya dia juga tidak melihat penceraian yang berlaku di antara dia dan Nazim Othman selepas dua tahun berkahwin sebagai sebab untuk dia tidak menghargai kehidupannya yang akan dilaluinya selepas ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Allah dah takdirkan benda ini berlaku dan dalam masa yang sama dia juga memberi kekuatan kepada saya.

“Bagi saya ini adalah yang terbaik buat kami berdua. Soal apa yang berlaku sehingga menyebabkan kami mengambil keputusan ini bukanlah sesuatu yang manis untuk saya berkongsi,” katanya.

Memberi fokus kepada diri dan perniagaan baharu, kata Bella tiada apa yang lebih penting kini untuk dia sentiasa menghargai kehidupan dan menikmati hari mendatang yang lebih gembira.

“Fokus adalah diri saya sendiri, untuk menjadi lebih gembira dan positif.

“Dalam usaha untuk mendapat kehidupan yang lebih baik saya juga kini sedang sibuk mempromosikan produk makanan Crumbs by Bella sepanjang bulan puasa ini,” katanya.

Menurut Bella biskut yang dijual dengan harga RM35 sepeket itu adalah hasil resipinya.

Malah kata Bella, dia juga akan berada di Gala Raya pada 25 sehingga 27 Mei dan Setia Raya Fest pada 1 hingga 3 Jun depan untuk turun padang mempromosikan produk makanannya ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini