Kerajaan tidak akan beli balik Proton - PM - Utusan Malaysia

Kerajaan tidak akan beli balik Proton – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kerajaan baharu tidak akan membeli balik Proton Holdings Bhd., kerana ia kini menjadi milik hartawan, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, demikian semasa sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet hari ini. 

Syed Mokhtar memegang 55.92 pegangan tidak langsung dalam DRB-Hicom Bhd menerusi syarikat persendiriannya, Etika Strategi Sdn Bhd, yang mana beliau memiliki 90 peratus kepentingan ekuiti.

Memuatkan artikel berkaitan…

Proton yang ditubuhkan pada 1983, adalah kereta nasional pertama negara dan merupakan idea Dr. Mahathir semasa tempoh pentadbirannya selama 22 tahun.

Bagaimanapun, Proton mengalami kerugian sejak beberapa tahun ini dan membawa kepada penjualan 49.9 peratus pegangan dalam syarikat itu kepada Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd dari China dengan harga RM460.3 juta pada Jun tahun lepas.

Sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 9 Mei lalu, dilaporkan bahawa Pakatan Harapan, yang dipimpin oleh Dr. Mahathir, mungkin mempunyai rancangan untuk menubuhkan satu lagi syarikat kereta nasional sekiranya gabungan parti itu memenangi pilihan raya.

Ini susulan peluang yang amat besar bagi pengeluar kereta, yang juga akan membawa kesan sampingan kepada syarikat alat-alat ganti kereta. 

Jualan keseluruhan industri berjumlah 514,679 unit pada 2017, di mana daripada jumlah itu jualan Proton adalah sebanyak 70,991 unit.

Semasa era kegemilangannya, Proton menguasai jualan kereta tempatan dengan hampir 80 peratus kereta penumpang baharu terjual. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini