Siasat kes 1DMB tanpa takut atau pilih kasih - Utusan Malaysia

Siasat kes 1DMB tanpa takut atau pilih kasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 23 Mei – Pas menyambut baik penubuhan Jawatankuasa Siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diketuai bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib Othman dan yakim mereka mampu melakukan tugas secara profesional tanpa rasa takut atau pilih kasih.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, jawatankuasa itu diharap dapat merumuskan suatu hasil siasatan yang baik serta bermanfaat untuk negara dan rakyat.

Dalam masa sama kata beliau, hasil siasatan tersebut diharap dapat mengheret semua pihak yang terlibat ke muka pengadilan mengikut saluran undang-undang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pas dengan ini mengesahkan tidak terlibat dan tidak bertanggungjawab dengan sebarang kenyataan berlainan dibuat atas nama Pas, sama ada oleh pimpinan mahupun ahli Pas. 

“Ini termasuk satu kenyataan khusus yang disiarkan dalam media oleh seorang yang menamakan dirinya ‘Peguam Pas’ yang antaranya bertajuk ‘Kenyataan SPRM prejudis pada Najib’. 

“Kenyataan itu tidak sekali-kali mewakili Pas, sebaliknya adalah kenyataan individu semata-mata,” katanya dalam satu kenyataan akhbar, di sini hari ini.

ADS:D

Menurut Takiyuddin lagi, selepas ini, sebarang kenyataan rasmi Pas berkaitan pandangan dan pendirian parti itu dalam isu-isu utama hanya boleh dikeluarkan oleh Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung Pas sahaja. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN