Jurujual diperdaya pasangan penganggur - Utusan Malaysia

Jurujual diperdaya pasangan penganggur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Polis menahan sepasang suami isteri kerana dipercayai memperdaya seorang jurujual kononnya mampu mempercepatkan urusan pembebasan sepupunya daripada tahanan polis sehingga mangsa mengalami kerugian RM3,500.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Yusof berkata, dua-dua suspek yang berumur 36 dan 49 tahun yang tidak bekerja itu ditahan di Taman Sungai Isap dan Felda Bukit Sagu kira-kira 11 malam tadi.

“Mangsa 22 tahun telah berjumpa dengan suspek wanita berumur 49 tahun di perkarangan kompleks mahkamah di sini pada Mac lalu yang kemudian menawarkan bantuan bagi mempercepatkan pembebasan sepupu mangsa yang ditangkap berkaitan kes dadah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Suspek kemudian telah memberi nombor telefon suaminya, 36 tahun, yang didakwa sebagai anggota polis yang bekerja di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan sebelum ketiga-tiga mereka berjumpa pada 3 Mei lalu di sebuah pusat beli belah di sini membincangkan tentang soal pembebasan berkenaan,” katanya.

Selepas perbincangan itu, mangsa telah menyerahkan RM3,500 kepada suspek bagi bayaran kepada pihak mahkamah dan memaklumkan urusan pembebasan berkenaan akan selesai pada 21 Mei lepas. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN