Eksport balak di Sabah dihentikan buat sementara waktu - Mohd. Shafie - Utusan Malaysia

Eksport balak di Sabah dihentikan buat sementara waktu – Mohd. Shafie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menegaskan bahawa aktiviti mengeksport balak akan dihentikan buat sementara waktu bagi membuka peluang pekerjaan khususnya dalam kalangan rakyat di negeri ini.

Mohd. Shafie yang juga merupakan Menteri Kewangan Sabah turut berkata, tindakan tersebut adalah untuk memastikan bekalan kayu-kayan bagi keperluan dan produktiviti industri tempatan mencukupi.

“Sebaik sahaja, aktiviti eksport kayu balak dihentikan kita bukan sahaja membantu meningkatkan industri domestik terutamanya industri pembuatan perabot di sini bahkan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada warga Sabah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sehubungan itu, saya akan memaklumkan perkara ini kepada pihak perhutanan dan pihak berkuasa supaya menghentikan eksport balak serta-merta sehingga arahan baharu dikeluarkan,” katanya pada sidang akhbar selepas lawatan rasmi ke Yayasan Sabah di Menara Tun Mustapha di sini hari ini.

Mengulas lanjut, mengenai taklimat bersama pihak Yayasan Sabah, Mohd. Shafie memberitahu, hala tuju agensi kerajaan negeri itu perlu jelas dan memastikan kekayaan sumber yang dimiliki dimanfaatkan sepenuhnya supaya hasilnya dapat dipulangkan kembali kepada rakyat Sabah. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN