Najib, Rosmah belum tarik balik saman Rafizi - Peguam - Utusan Malaysia

Najib, Rosmah belum tarik balik saman Rafizi – Peguam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor masih belum menarik balik kes saman mereka terhadap Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli atas dakwaan memfitnah.

Peguam Nor Emelia Mohd. Iszeham yang mewakili bekas Perdana Menteri dan isterinya ketika dihubungi menafikan kenyataan Rafizi dalam akaun Twitter miliknya bahawa tindakan saman tersebut telah ditarik balik setakat tarikh kenyataan Rafizi dibuat.

“Walau bagaimanapun, peguam pihak masing-masing masih berbincang mengenai perkara ini dan belum ada apa-apa lagi keputusan muktamad yang telah dicapai berhubung perkara tersebut,” ujar Nor Emelia.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kes saman terhadap Rafizi telah ditetapkan untuk pengurusan kes pada 22 Jun ini di Mahkamah Tinggi di sini untuk pihak-pihak memfailkan dokumen berkaitan sebelum perbicaraan penuh didengar di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Rohani Ismail. 

Pasangan terbabit menyaman Rafizi dan pemilik portal dalam talian Mediarakyat.com, MR Multimedia, Chan Chee Kong atas dakwaan memfitnah mereka berkaitan isu subsidi minyak.

Najib selaku plaintif pertama dan Rosmah plaintif kedua menyatakan, Rafizi yang dinamakan sebagai defendan pertama merupakan salah seorang penceramah utama dalam satu forum yang dihadirinya di Bandar Tun Razak.

Ucapan tersebut telah dirakamkan oleh Media Rakyat dan dimuat naik oleh Chee Kong yang dinamakan sebagai defendan kedua dalam laman sosial YouTube dan di laman sesawang mediarakyat.net di bawah tajuk, Rafizi Ramli: Kenapa kita pertahankan subsidi minyak. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini