Gaji jemaah menteri dikurangkan 10 peratus - Utusan Malaysia

Gaji jemaah menteri dikurangkan 10 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Kabinet hari ini bersetuju supaya gaji semua menteri dipotong sebanyak 10 peratus berkuat kuasa serta-merta sementara pegawai tinggi kerajaan pula boleh dibuat secara sukarela jika mereka ingin membantu mengurangkan beban kewangan negara.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pemotongan gaji menteri itu dibuat bagi menunjukkan bahawa kerajaan prihatin dengan masalah kewangan negara. 

“Pemotongan ini adalah berasas kepada gaji asas sahaja kerana gaji menteri adalah lebih rendah daripada pegawai tinggi kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pertama Kabinet di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketika ditanya mengenai status gaji pegawai tinggi kerajaan, Perdana Menteri, ketika beliau dilantik untuk menjawat jawatan tersebut pada tahun 1981, beliau telah melakukan pemotongan gaji menteri dan penjawat awam kanan. 

“Ia terpulang kepada pegawai tinggi kerajaan dan jika mereka berasa ingin menyumbang untuk mengurangkan kos pentadbiran negara mereka boleh berbuat demikian tetapi kita tidak memaksa mereka,” jelas beliau. – K! ONLINE  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini