10 Exco Negeri Sembilan angkat sumpah - Utusan Malaysia

10 Exco Negeri Sembilan angkat sumpah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH – Seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri Sembilan mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dalam istiadat di Istana Seri Menanti di sini hari ini. 

Istiadat itu berlangsung di hadapan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Ahli Exco tersebut terdiri daripada lima ADUN DAP, tiga daripada PKR dan dua daripada PAN.

Memuatkan artikel berkaitan…

ADUN DAP yang mengangkat sumpah ialah Teo Kok Seong (Bahau), S. Veerapan (Repah), J. Arul Kumar (Nilai), Nicole Tan (Bukit Kepayang) dan  Choo Ken Hwa (Lukut).

ADUN PKR pula terdiri daripada Dr. Rafie Ab. Malek (Ampangan), Ismail Ahmad (Labu) dan Mohamad Nazaruddin Sabtu (Pilah)

Istiadat angkat sumpah diikuti dua ADUN PAN iaitu Bakri Sawir (Klawang) dan Mohamad Taufek Abd Ghani (Paroi).

Portfolio yang dipegang oleh kesemua Exco dijangka akan diumumkan Menteri Besar, Aminuddin Harun pada sidang akhbar petang ini.

Hadir sama mengiringi baginda semasa istiadat ialah Tuanku Ampuan Besar, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud bersama dua anakanada baginda, Tunku Ali Redhauddin serta Tunku Zain Al’Abidin.

Turut hadir Undang Luak Rembau, Datuk Muhammad Sharip Othman; Undang Luak Johol, Datuk Mohammed Abdullah dan Undang Luak Sungai Ujong, Datuk Mubarak Dohak. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN