Tun Mahathir pengerusikan mesyuarat pertama Kabinet - Utusan Malaysia

Tun Mahathir pengerusikan mesyuarat pertama Kabinet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mempengerusikan mesyuarat pertama Kabinet di Perdana Putra di sini, hari ini. 

Mesyuarat yang bermula pada pukul 9.25 pagi itu dihadiri kesemua 13 menteri yang mengangkat sumpah pada Isnin lepas.

Sebelum mesyuarat Kabinet itu bermula, Tun Mahathir menyertai sesi bergambar bersama jemaah menteri. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Hadir sama ialah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa dan Timbalan Ketua Setiausaha Kabinet, Tan Sri Mazidah Abdul Majid.

Ini merupakan mesyuarat pertama Kabinet setelah Pakatan Harapan (PH) yang dipimpin Tun Mahathir memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei lepas. 

Tun Mahathir, 92, kembali menerajui negara selepas mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ketujuh Malaysia berikutan kemenangan PH itu, sekali gus menjadi perdana menteri tertua di dunia.

Beliau sebelum ini merupakan perdana menteri Malaysia keempat dan menerajui tampuk pemerintahan negara dari 1981 sehingga 2003. – Bernama    

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN