[VIDEO] Majlis Perundingan Pertanian perkasa industri pertanian negara - Utusan Malaysia

[VIDEO] Majlis Perundingan Pertanian perkasa industri pertanian negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 23 Mei – Majlis Perundingan Pertanian Negara akan ditubuhkan menjelang hujung bulan ini yang berfungsi memberi input kepada kerajaan berhubung penambahbaikan sektor pertanian negara.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub berkata, majlis itu bakal dianggotai pakar bidang pertanian dengan mereka berperanan menyalurkan idea dan pendapat kepada pihaknya untuk dilaksanakan segera.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita telah mengenalpasti beberapa tokoh terlibat, malah majlis ini dipengerusikan oleh antara individu berkenaan dan nama mereka diumumkan dalam masa terdekat.

“Pihak kementerian mahu sektor pertanian negara terus diperkasa menerusi sumbangan buah fikiran tokoh-tokoh berkaliber,” katanya dalam sidang akhbar selepas memulakan tugas rasmi di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di sini hari ini.

Sementara itu, Salahuddin memaklumkan, pihaknya juga akan melantik pengerusi-pengerusi agensi di bawah kementerian yang terdiri dalam kalangan tokoh profesional dan bukannya daripada ahli politik.

Katanya, hasrat itu bagi melaksanakan manifesto Pakatan Harapan (PH) dalam memastikan setiap agensi kerajaan bebas daripada pengaruh politik termasuk lantikan pengerusi dan ahli lembaga pengarah.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN