Saya sangat ‘gedebar’ - Utusan Malaysia

Saya sangat ‘gedebar’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 22 Mei – Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob mengaku sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu beliau gusar mengenai nasib program Madinah Ramadan.

Ahmad berkata, ketika itu beliau bimbang sekiranya rakyat tidak lagi memberi mandat kepada Kerajaan Pas Kelantan sekali gus menyaksikan program tahunan yang sebelum ini dikenali dengan nama Qaryah Ramadan itu terkubur.

Jelasnya, program sepanjang bulan Ramadan anjuran Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) itu mendapat sambutan luar biasa masyarakat pada setiap tahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya sangat sayang program ini, program ini penuh dengan majlis ilmu dan ibadat, sebelum PRU 14 saya sangat ‘gedebar’ (berdebar), antara perkara bermain di fikiran saya adalah kalau rakyat tidak lagi beri mandat.

“Apakah yang akan jadi kepada Madinah Ramadan, apakah akan berubah wajah kepada benda lain,” katanya semasa berucap di majlis perasmian Madinah Ramadan di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV di sini malam tadi.

Terdahulu Ahmad menunaikan solat Isyak dan Tarawih berjemaah bersama hampir 1,000 jemaah.

ADS:D

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin dan Yang Dipertua MPKB-BRI, Ahmad Robert Abd Rahim.

Pada majlis itu juga, Ahmad telah melancarkan Tabung Ihya Ramadan yang telah berjaya mengumpul sumbangan sebanyak RM1.39 juta setakat ini termasuk peruntukan RM600,000 daripada kerajaan negeri. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN