Kroos akui Real sedia hadapi Liverpool - Utusan Malaysia

Kroos akui Real sedia hadapi Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID 23 Mei – Pemain tengah Real Madrid, Toni Kroos berkata pasukannya telah bersedia dengan permainan agresif yang bakal dipamerkan oleh Liverpool dalam aksi akhir Liga Juara-Juara pada Sabtu ini di Kiev.

Kata Kroos, corak permainan tersebut mungkin digunakan oleh bekas pengurus Borussia Dortmund, Jurgen Klopp dalam saingan akhir kerana dia pernah melihatnya sewaktu bersama Bayern Munich ketika perlawanan Bundesliga.

Kroos turut menyifatkan semua pemain Liverpool akan menjadi seperti 11 haiwan yang akan melakukan lebih daripada manusia lakukan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sewaktu kami menentang mereka selalunya saingan akan berlangsung sukar. Ketika saya bersama Bayern Munich kami berdepan banyak masalah sewaktu bertemu Dortmund.

“Kami jangkakan Liverpool akan bermain dengan agresif, laju di bahagian serangan namun kami yakin mampu menghentikannya.

“Mereka akan menjadi seperti 11 haiwan, kami mungkin lebih baik ketika mengawal bola namun mereka pastinya akan memberikan tekanan sepanjang 90 minit perlawanan,” kata Kroos. – REUTERS

ADS:D
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN