KUALA LUMPUR 22 Mei – Utusan Melayu (Malaysia) Berhad akan terus beroperasi seperti biasa sebagai syarikat media arus perdana dengan beberapa pembaharuan akan dilaksanakan terutama ke atas kandungan akhbar dan operasi perniagaan, dalam menghadapi cabaran perubahan landskap politik negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14),
![]() |
|
|
Menurut Utusan Melayu, pihak pengurusan komited dalam melaporkan berita secara lebih seimbang, beretika dan bertanggungjawab tetapi akan terus kritis demi kepentingan masyarakat.
“Usaha berterusan dalam merasionalisasi kos operasi akan terus diperhebatkan. Transformasi ke arah media digital akan terus dilaksanakan dengan lebih agresif dan ini melibatkan semua produk-produk kumpulan termasuk akhbar dan majalah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Utusan Melayu dan anak-anak syarikatnya (kumpulan) mencatatkan pengurangan kerugian sebelum cukai sebanyak RM16.9 juta daripada RM23 juta bagi suku pertama 2017 kepada RM6.1 juta bagi tempoh sama 2018.
Penurunan kerugian ini disebabkan oleh pendapatan daripada projek pembekalan tablet kepada guru-guru yang masih lagi diteruskan untuk tahun 2018.
Dalam pada itu, pendapatan daripada segmen penerbitan, pengedaran dan pengiklanan meningkat sebanyak 32.6 peratus.












