BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 23 MEI 2018 - Utusan Malaysia

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT – 23 MEI 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEMUA menteri Kabinet yang telah mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Istana Negara, Kuala Lumpur kelmarin, telah memulakan tugas masing-masing semalam.

Awang mengucapkan selamat bertugas kepada anggota Kabinet kerajaan Pakatan Harapan di bawah kepemimpinan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang membuka era baharu kepada pentadbiran dan senario politik negara.

Awang percaya, rakyat kini berada dalam keadaan begitu te­ruja untuk melihat apakah pembaharuan-pembaharuan, dasar-dasar dan langkah-langkah yang boleh membawa mereka dan negara ini ke arah yang lebih baik daripada sebelum ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam pada itu, Awang turut percaya, semua pihak termasuk parti pembangkang mahukan Malaysia ditadbir cemerlang de­ngan mengutamakan kepentingan rakyat sekali gus mengukuhkan kedudukan ekonomi negara.

Biar apa pun pegangan politik, akhirnya ia berbalik kepada perjuangan memberi kesenangan kepada rakyat yang telah memberi kepercayaan melalui undi pada pilihan raya umum lalu.

AWANG – Selamat menjalankan amanah rakyat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN