Jalan rosak cemar imej Shah Alam - Utusan Malaysia

Jalan rosak cemar imej Shah Alam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 22 Mei – Walaupun sudah banyak kali aduan dan rungutan di­suarakan, kea­daan jalan raya yang tidak rata, merekah dan berlubang terus mencacatkan imej Shah Alam.

Bertindak kepada aduan pembaca, Utusan Malaysia kali ini me­ninjau kerosakan jalan di Seksyen 11 yang merupakan antara lokasi tumpuan ramai.

Tinjauan mendapati berlaku rekahan turapan pada bahagian tengah dan pinggir jalan yang menyebabkan pemandu terpaksa mengelak kerosakan jalan berkenaan sehingga mencetuskan keada­an bahaya kepada pemandu lain.

Permukaan jalan yang pecah dan tidak rata itu juga berisiko kepada penunggang motosikal terutama pada waktu malam dan hujan lebat.

Sehubungan itu, orang ramai khususnya penduduk menggesa Majlis Ban­da­raya Shah Alam (MBSA) memantau dan membaik pulih keadaan jalan raya yang sebahagiannya sudah rosak sejak bertahun-tahun lamanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×