Keterujaan berbuka di Grand Continental Kuala Terengganu - Utusan Malaysia

Keterujaan berbuka di Grand Continental Kuala Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 22 Mei – Hotel Grand Continental di sini meraikan 40 pelajar dari Maahad Tahfiz al-Quran Al Tahiri Kampung Gelugur dan anak-anak yatim Asrama Puteri Pratahfiz Kubang Parit, dalam majlis berbuka puasa petang semalam.

Pengurus Kanan Bahagian Jualan dan Pemasaran, Norlindawati Hasan berkata, majlis yang menjadi tradisi setiap kali ketibaan Ramadan merupakan program tanggungjawab sosial korporatnya untuk membawa keriangan kepada golongan sasar.

“Ini merupakan usaha kami untuk menyemarakkan harapan dan keceriaan dalam kalangan kanak-kanak yang tidak bernasib baik, membawa mereka menikmati majlis berbuka puasa yang penuh kemeriahan di hotel ini,” ujarnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita dalam majlis berbuka di hotel itu yang turut dihadiri Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Amzad Hashim.

Dalam majlis itu juga, Amzad turut melancarkan tabung derma kelolaan hotel berkenaan yang akan diagihkan kepada pusat anak-anak yatim di negeri ini menjelang Aidilfitri.

“Kami berharap inisiatif ini dapat menambah kegembiraan mereka berhari raya,” kata Norlindawati.

Bagi Ana Danisa Mokhtar, 11,dia tidak pernah terlintas akan dapat berbuka puasa di hotel dengan hidangan yang enak, dan amat teruja apabila dijemput bersama rakan-rakan.

“Seronok sangat dapat makan sedap-sedap dan dapat pula duit raya,” kata Ana yang tinggal di rumah anak yatim sejak lima bulan lepas,”ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN