[VIDEO] Program Permata akan diteruskan - Utusan Malaysia

[VIDEO] Program Permata akan diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 22 Mei – Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menjelaskan, Program Permata Negara (Permata) yang dilihat sebagai sebuah program yang baik dalam meningkatkan perkembangan kanak-kanak, akan diteruskan oleh kerajaan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, walau bagaimanapun, program berkenaan perlu diaudit terlebih dahulu dalam segenap aspek termasuk melibatkan peruntukan, keberkesanan kos dan hasil program.

“Permata merupakan salah satu program yang saya bawa kepada perhatian Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kita akan audit kerana ia program yang baik dan dekat dengan kesejahteraan kanak-kanak.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini kita teruskan untuk kanak-kanak tingkatkan kemahiran mereka kerana matlamatnya adalah suci murni. Kalau apa yang baik, kita teruskan,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di bangunan Perdana Putra, di sini hari ini.

Wan Azizah yang juga Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga berkata, beliau dan Dr. Mahathir berpandangan bahawa Permata lebih relevan untuk berada di bawah kementerian itu memandangkan ia melibatkan usaha-usaha meningkatkan perkembangan kanak-kanak. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini