Buffon buat keputusan minggu ini - Utusan Malaysia

Buffon buat keputusan minggu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MILAN 22 Mei – Legenda Juventus, Gianluigi Buffon berkata dia akan membuat keputusan sama ada akan menyertai Paris Saint-Germain atau sebaliknya pada minggu ini.

Buffon, 40, membuat penampilan terakhirnya bersama kelab gergasi Itali ketika menewaskan Verona 2-1 dalam aksi Serie A selepas mewakili kelab itu sejak 2001. Juventus menjulang trofi Serie A buat kali ketujuh berturut-turut.

“PSG? Saya perlu bertenang dan membuat analisis tentang semua perkara. Bukan keputusan yang mudah. Pada usia 40 tahun, anda tidak boleh membuat keputusan yang merosakkan karier anda,” kata Buffon.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sebelum ini, Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi menolak cadangan Buffon boleh menggantikan penjaga gol utama kelab gergasi Perancis itu, Alphonse Areola.

“Dia penjaga gol yang menakjubkan, berkarisma dan lelaki yang budiman. Saya pasti banyak kelab mahukan pemain seperti dia,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN