Lukaku, Fellaini ‘simpan’ kaki - Utusan Malaysia

Lukaku, Fellaini ‘simpan’ kaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 22 Mei – Jose Mourinho mengakui berang terhadap dua pemainnya iaitu Romelu Lukaku dan Marouane Fellaini selepas mereka tidak mempamerkan aksi sebenar sehingga terlepas peluang merangkul Piala FA apabila tewas kepada Chelsea.

Lukaku beraksi sebagai pemain gantian selepas memberitahu bos Red Devils, Mourinho dia tidak cergas ekoran kecederaan buku lali. Penyerang terbanyak United itu berkeyakinan untuk diturunkan dalam kesebelasan utama namun mengubah keputusan seminggu sebelum aksi final.

Fellaini terlepas tiga aksi terakhir musim ini apabila mengalami kesakitan otot tidak disenaraikan meskipun ada sumber mengatakan pemain itu sedia untuk diturunkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mourinho berkata dia mengesyaki kedua-dua pemain itu melindungi diri masing-masing supaya mereka kekal cergas untuk beraksi dalam Piala Dunia 2018 di Rusia, Jun ini.

“Apabila pemain memberitahu anda dia tidak bersedia, akan ada persoalan berapa minit anda fikir dia boleh bermain. Macam mana saya nak yakin seorang pemain memberitahu saya dia tidak bersedia untuk bermain?,” kata Mourinho.

Bagaimanapun, Mourinho percaya perkara tersebut tidak menjadi punca kepada kekalahan pasukannya namun berasa skuadnya mempunyai mentaliti yang lemah.

Dalam pada itu, masa depan Fellaini bersama United samar-samar memandangkan kontraknya bakal tamat pada hujung bulan ini dan meskipun Red Devils sedang menyediakan tawaran baharu namun difahamkan AC Milan sudah pun menawarkan tiga kontrak perjanjian.

Pengarah sukan AC Milan, Massimiliano Mirabelli berkata;’Fellaini adalah pemain penting. Kami tahu dia tidak akan memperbaharui kontraknya bersama Manchester United, namun sukar untuk mengatakan jika kami sudah mendapatkan khidmatnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN