Pasukan khas bermesyuarat hari ini - Utusan Malaysia

Pasukan khas bermesyuarat hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pasukan petugas khas yang baru ditubuhkan untuk menyiasat skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan mengadakan mesyuarat pertamanya hari ini.

Perkara itu disahkan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, yang mengetuai bersama pasukan petugas khas tersebut. “Kami akan bermesyuarat esok (hari ini). Kami akan bertemu dengan anda kemudian,” kata beliau kepada pemberita sebelum meninggalkan Menara Ilham di sini semalam iaitu pusat operasi Majlis Penasihat Kerajaan.

Terdahulu, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan semalam mengumumkan penubuhan Pasukan Petugas Siasatan 1MDB untuk menjalankan siasatan terperinci, pengesanan dan penyitaan aset serta pendakwaan terhadap individu yang melakukan apa-apa kesalahan jenayah dalam pengurusan 1MDB.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pasukan petugas itu dianggotai oleh wakil daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara Malaysia dan beberapa orang peguam yang mempunyai kepakaran dalam perkara berkaitan.

Selain Gani, pasukan petugas itu dike­tuai bersama oleh bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed; bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador dan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu, Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN