Argentina juara penuh kontroversi - Utusan Malaysia

Argentina juara penuh kontroversi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BOLA SEPAK juga tidak boleh terlepas daripada politik. Piala Dunia 1978 menyaksikan kontroversi dari tuan rumah, Argentina apabila negara tersebut mengalami rampasan kuasa tentera ketika dua tahun sebelum kejohanan berprestij itu bermula.

Argentina diperintah rejim tentera Jorge Rafael Videla yang bertanggungjawab terhadap ‘kehilangan’ ribuan lawannya yang berbeza ideologi politik.

Sebagai bentuk protes, legenda Belanda Johan Cruyff menolak untuk tampil beraksi di Piala Dunia 1978 meskipun pasukannya layak untuk beraksi di kejohanan tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Difahamkan Cruyff tidak pernah menyuarakan alasan berhubung keengganannya bermain di Argentina, namun 30 tahun selepas itu menerusi satu wawancara, dia mendedahkan bahawa keputusan tersebut dibuat kerana terdapat ancaman daripada ‘kenalannya’ yang mengacu pistol kepadanya ketika berada di rumah di Barcelona.

Cruyff dan isteri bagaimanapun berjaya melepaskan diri daripada tragedi tersebut. Meskipun ‘alasannya’ itu dikatakan tidak munasabah dan tiada kaitan dengan rejim pemerintahan Videla, tetapi sebenarnya dia menolak untuk berangkat ke Argentina kerana ingin menjaga keselamatan keluarganya.

Piala Dunia 1978 juga Argentina dilihat lebih banyak dikelilingi kontroversi. Aksi di pusingan pertama tuan rumah menyaksikan perlawanan kesemuanya berlangsung pada waktu malam, memberikan kelebihan kepada Argentina untuk merangka strategi untuk menentang pasukan lain di peringkat awal itu.

Isu itu bagaimanapun timbul sekali lagi dengan kali ini berlaku di Piala Dunia 1982 di Sepanyol. Rentetan itu, FIFA telah untuk mengubah peraturan supaya dua perlawanan akhir peringkat kumpulan dalam Piala Dunia seterusnya akan dimainkan secara serentak.

Masih lagi kontroversi Argentina iaitu berkenaan insiden penjaga gol Peru, Ramon Quiroga. Argentina berjaya menundukkan Peru untuk melangkah ke final.

Bukan sesuatu tugas yang mudah kerana pada waktu itu Peru merupakan pasukan hebat dan memiliki pemain handalan seperti Teofilo Cubillas.

Tuan rumah bagaimanapun berupaya menang besar 6-0 ke atas Peru dan Quiroga disebut-sebut sebagai dalang kepada kekalahan tersebut kerana dia merupakan pemain kelahiran Argentina, malah dakwaan dikukuhkan lagi dengan venue perlawanan tersebut berlangsung di tempat kelahirannya di Rosario.

Quiroga bagaimanapun membantah keras bahawa dia telah bersekongkol untuk menyingkirkan Peru.

Selain itu, Argentina terus menggunakan kuasa selaku tuan rumah dengan kontroversi selanjutnya terjadi menjelang pertembungan final.

Setelah tuan rumah mendapat tahu pengadil Israel, Abraham Klein bakal ditugaskan dalam perlawanan akhir antara pasukannya menentang Belanda, Argentina bertindak menggantikannya dengan Sergio Gonella dari Itali.

Mereka menggunakan kuasa ‘veto’ tersebut kerana Klein disifatkannya sebagai punca kekalahan 0-1 Argentina kepada Itali dalam peringkat kumpulan.

Klein akhirnya ditugaskan selaku pengadil perlawanan bagi perebutan tempat ketiga antara Brazil dan Itali.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN