Piala Thomas: Skuad negara mula langkah kanan - Utusan Malaysia

Piala Thomas: Skuad negara mula langkah kanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK – Malaysia memulakan kempen Piala Thomas dengan langkah kanan apabila membenam Rusia 5-0 dalam saingan peringkat Kumpulan D di Impact Arena, di sini hari ini.

Mata pertama Malaysia diperolehi menerusi  pemain perseorangan utama Datuk Lee Chong Wei yang menundukkan Vladimir Malkov 21-9, 21-6 dalam pertarungan yang berlangsung hampir 30 minit.

Chong Wei yang tampil bertenaga tidak memberikan sebarang ruang kepada pemain Rusia itu dan menamatkan perlawanan tanpa banyak masalah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pasangan beregu nombor satu negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong yang tampil di gelanggang dua memberi mata kedua Malaysia  selepas berjaya mengetepikan cabaran sengit bekas juara beregu All England Vladimir Ivanov-Ivan Sozonovm 21-18, 21-19. 

Mata ketiga dan kemenangan negara disumbang oleh pemain perseorangan muda negara, Lee Zi Jia yang menundukkan Sergey Sirant 21-13, 21-16.

Beregu  kedua negara, Aaron Chia- Teo Ee Yi pula mudah menyekat pasangan Evgenij Dremin-Denis Grachev 21-16, 21-9  untuk menyumbang mata keempat negara dan perseorangan ketiga Iskandar Zulkarnain melengkapkan lima mata selepas menyingkirkan Rodion Alimov 21-9, 21-12. 

Malaysia akan bertemu Algeria esok sebelum menamatkan saingan peringkat kumpulan  menentang  Denmark pada Rabu. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN