10 Exco Perak angkat sumpah - Utusan Malaysia

10 Exco Perak angkat sumpah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR – Seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengangkat sumpah sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Ne­geri (Exco) Perak di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Iskandariah di sini semalam.

Berangkat sama dalam istiadat tersebut ialah Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Idris Shah. 

Majlis yang bermula pada pukul 5.30 petang itu didahului dengan bacaan ayat suci al-Quran oleh Imam Utama Masjid Sultan Azlan Shah, Syed Mohd. Muzaffar Syed Azlan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada majlis tersebut, 10 Exco kerajaan negeri yang mengangkat sumpah ialah ADUN Manjoi, Asmuni Awi, Yong Choo Kiong (Tronoh), Abdul Yunus Jamhari (Kuala Kurau), Datuk Seri Nizar Jamaluddin (Sungai Rapat) dan Dr. Abdul Aziz Bari (Tebing Tinggi).

Turut mengangkat sumpah, A. Sivanesan (Sungkai), Wong May Ing (Pantai Remis), Tan Kar Hing (Simpang Pulai), Hasnul Zulkarnain Abd. Munaim (Titi Serong) dan Howard Lee Chuan How (Pasir Pinji).

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN