Pengampunan Anwar kerana tuntut kebebasan - Utusan Malaysia

Pengampunan Anwar kerana tuntut kebebasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Mei – Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan permohonan pengampunan yang diterima daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V hari ini kerana menuntut kebebasan akibat difitnah dan penyalahgunaan kuasa yang bercanggah dengan prinsip keadilan.

Jelas beliau, permohonan pengampunan itu sama sekali bukan kerana kesalahan yang disabitkan iaitu meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari pada 2008.

Jelas beliau, atas dasar prinsip itu jugalah Yang di-Pertuan Agong berkenan mengampunkan, membebaskan serta membersihkan semua rekod beliau sebelum ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pengarah dan kakitangan Penjara Sungai Buloh telah menemui serta memaklumkan secara rasmi tetapi saya tidak perlu menandatangani apa-apa kerana saya dibersihkan daripada segala pertuduhan dan hukuman,” katanya dalam sidang akhbar di kediamannya di Segambut, di sini hari ini.

Tambah Anwar, beliau dan isteri yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail merancang menemui Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad esok bagi menyampaikan ucapan terima kasih dan penghargaan kerana membantu proses memohon pengampunan tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×