GEORGE TOWN – Seramai 11 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) baharu di hadapan Yang dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas di Dewan Sri Pinang di sini hari ini.
Berikut adalah senarai nama Exco Pulau Pinang baharu:
1. Chow Kon Yeow (ADUN Padang Kota)
– Ketua Menteri
– Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah
– Pengangkutan
– Penerangan
2. Datuk Ir. Zakiyuddin Abdul Rahman (ADUN Pinang Tunggal)
– Timbalan Ketua Menteri l
– Hal Ehwal Agama Islam
– Pembangunan Industri
– Perhubungan Masyarakat
3. Prof Dr. P. Ramasamy (ADUN Perai)
– Timbalan Ketua Menteri ll
– Perancangan Ekonomi Negeri
– Pendidikan
– Pembangunan Modal Insan
– Sains, Teknologi & Inovasi
4. Chong Eng (ADUN Padang Lalang)
– Pembangunan Wanita & Keluarga
– Keterangkuman Gender
– Agama selain Islam
5. Jagdeep Singh Deo (ADUN Datok Keramat)
– Kerajaan Tempatan
– Perumahan
– Perancangan Bandar & Desa
6. Phee Boon Poh (ADUN Sungai Puyu)
– Kebajikan
– Masyarakat Penyanyang
– Alam Sekitar
7. Dr. Afif Bahardin (ADUN Seberang Jaya)
– Kesihatan
– Pertanian & Industri Asas Tani
– Pembangunan Luar Bandar
8. Zairil Khir Johari (ADUN Tanjong Bunga)
– Kerja Raya
– Utiliti
– Tebatan Banjir
9. Datuk Halim Hussain (ADUN Batu Maung)
– Perdagangan Dalam Negeri & Antarabangsa
– Hal Ehwal Pengguna
– Pembangunan Keusahawanan
10. Yeoh Soon Hin (ADUN Paya Terubong)
– Pembangunan Pelancongan
– Warisan, Kebudayaan & Kesenian
11. Soon Lip Chee (ADUN Bagan Jermal)
– Belia dan Sukan










