Saya berkongsi hantaran itu supaya boleh jadi inspirasi kepada mereka alami situasi sama - Kaka Azraff - Utusan Malaysia

Saya berkongsi hantaran itu supaya boleh jadi inspirasi kepada mereka alami situasi sama – Kaka Azraff

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Kaka Azraf, menafikan dakwaan hantaran yang dimuat naik di platform Threads sebelum ini ditujukan kepada bekas suaminya, Adam Azriff.

Kaka atau Nor Atiqa Noor Azraff, 37, berkata, setiap perkara yang dikongsikan itu tidak pernah ditujukan secara spesifik kepada mana-mana individu.

“Saya memang cakap berdasarkan pengalaman. Saya rasa saya sudah melalui pelbagai fasa kehidupan termasuk kehilangan ibu bapa, adik-beradik, perkahwinan, perceraian dan membesarkan anak.

“Sebab itu, saya rasa ada sesuatu yang boleh saya kongsikan dengan mereka yang sedang melalui keadaan yang sama atau lebih sukar,” katanya.

Kaka Azraf berkongsi perkara demikian ketika ditemui semasa sidang media Anugerah Industri Muzik Ke-25 (AIM25), di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur, hari ini.

Kaka berkata, dia berharap dengan perkongsiannya itu dapat memberi semangat kepada mereka yang mengalami situasi yang sama.

“Niat saya memang berkongsilah supaya mereka yang berada dalam sama keadaan macam saya boleh dapat inspirasi. Bila saya dalam situasi itu, saya suka cari orang yang saya boleh kaitkan semula dengan diri saya.

“Saya hanya mahu berkongsi supaya orang lain mendapat inspirasi dan semangat untuk bangun semula. Saya sendiri pernah berada di titik itu,” katanya.

Tambah Kaka, dia dan bekas suami masih mengekalkan hubungan baik meskipun kedua-duanya masih dalam proses menyesuaikan diri dalam menjaga anak.

“Alhamdulillah, saya dan bekas suami dapat bersama-sama menjaga anak. Benda ini pun kita kali pertama menghadapi. Jadi, kita masih cari kesesuaian.

“Pada awalnya, perkara ini masih baru, jadi kita memang masih lagi berusaha mencari keseimbangan. Biasalah di peringkat awal ini, saya tidak mahu berpura-pura atau mengagung-agungkan situasi kononnya semuanya sempurna.

Dalam pada itu, Kaka menegaskan proses perceraian bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilalui tetapi keutamaan mereka kini adalah demi kebaikan anak.

“Hidup ini bukannya sentiasa seronok sahaja. Orang yang pernah menghadapi fasa perceraian pasti faham dan tahu bahawa situasi ini sememangnya bukan satu perkara yang mudah.

“Tetapi, kita kena sentiasa cuba mencari jalan yang terbaik supaya proses ini menjadi mudah untuk kedua-dua belah pihak. Bagi saya, apa yang paling penting sebenarnya adalah kebajikan anak,” katanya.

Terdahulu, Kaka sering memuat naik beberapa hantaran seolah-olah dia membuat luahan hati di Threads yang didakwa ditujukan kepada bekas suaminya.

Untuk rekod, Kaka mendirikan rumah tangga dengan Adam Azriff pada 14 Disember 2018, namun bercerai talak dua pada 4 Jun lalu.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aslan, 6, Aryan, 5, dan Atta Adam, 3 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×