Kajian semula GLC akan wujudkan sektor swasta yang lebih cergas, kompetitif - Utusan Malaysia

Kajian semula GLC akan wujudkan sektor swasta yang lebih cergas, kompetitif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kajian semula peranan yang dimainkan oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan mengehadkan campur tangan kerajaan dalam perniagaan, akan mewujudkan sektor swasta yang lebih cergas dan kompetitif, selain kerajaan yang lebih fokus dan cekap, kata Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM), Tan Sri Ter Leong Yap.

Beliau mengulas manifesto Pakatan  Harapan yang menyatakan GLC perlu beroperasi dalam sektor yang bermasalah akibat kegagalan pasaran dan tidak bersaing dengan syarikat swasta.

“Selain itu, ketelusan dan pelaksanaan tender terbuka bagi projek-projek kerajaan, yang dianggarkan bernilai lebih RM100 bilion setahun, penting bukan sahaja bagi menyediakan peluang sama rata bagi penggiat sektor swasta berkelayakan, bahkan turut memastikan semua wang pembayar cukai dibelanjakan dengan betul.

“Ini akan mewujudkan situasi sama sama menang untuk semua pemegang kepentingan,” kata NCCIM dalam satu kenyataan hari ini.

Ter berkata hasrat kerajaan untuk terlibat secara lebih aktif dalam ASEAN, Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau, Kesatuan Eropah, Dewan-dewan Perniagaan serta kumpulan perniagaan, merupakan petunjuk positif untuk komuniti perniagaan tempatan dan antarabangsa. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×