Ribuan penyokong Anwar berhimpun luar hospital - Utusan Malaysia

Ribuan penyokong Anwar berhimpun luar hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Mei – Ribuan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim memenuhi pekarangan Hospital Rehabilitasi Cheras, di sini bagi menyambut pembebasan Penasihat PKR selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V yang mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengampunan di Istana Negara, hari ini.

Rata-rata penyokong pemimpin itu hadir seawal pukul 8 pagi bersama sepanduk yang dipenuhi dengan kata-kata ucapan Pembebasan Anwar dan melaungkan slogan Reformasi berulang kali.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu didapati bersalah atas kesalahan meliwat bekas pembantunya dan dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Tinggi, pada 2015. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×