RUU355: Pas harap Kerajaan PH buka ruang lebih luas - Utusan Malaysia

RUU355: Pas harap Kerajaan PH buka ruang lebih luas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 15 Mei – Pas berharap kerajaan Pakatan Harapan (PH) membuka ruang lebih luas kepada pihaknya bagi menjayakan pelaksanaan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) Pindaan 2016 (RUU 355).

Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh berkata, ruang dimaksudkan itu termasuk memberi peluang kepada pihaknya memberikan penerangan berkaitan RUU355 menerusi media arus perdana seperti televisyen.

Kata beliau, RUU355 bukan agenda Pas atau mana-mana parti politik, sebaliknya satu agenda yang perlu disepakati seluruh wakil rakyat beragama Islam bagi memartabatkan Islam di negara ini.

“Pas tidak lebih daripada pihak yang diberi amanah Allah SWT untuk sempurnakan tugas ini. Oleh sebab itu kita mengharapkan kerajaan yang baharu beri ruang lebih luas berbanding UMNO dan BN sebelum ini supaya kita daapt realisaikan RUU355.

“Ruang ini bukan sekadar bawa ke dalam Parlimen, tetapi dibuka peluang di media massa termasuk televisyen umpamanya, supaya kita mampu memberi penerangan dan penjelasan sebaik mungkin kepada rakyat terutama bukan Islam.

“Insya-Allah kita bersedia kemukakan penjelasan-penjelasan, kita sedia berdialog secara harmoni dengan sesiapa sahaja yang tidak memahami bahawa RUU355 ini adalah agenda yang sangat baik untuk negara,” katanya.

Muhammad Zawawi yang juga Ahli Parlimen Pasir Puteh ditemui pemberita selepas mesyuarat pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) Pas Kelantan di JKR 10, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×