Tun M bertemu Ketua Hakim Negara - Utusan Malaysia

Tun M bertemu Ketua Hakim Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 15 Mei – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengadakan pertemuan dengan Ketua Hakim Negara, Tun Raus Sharif di bangunan Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini.

Raus yang tiba pada 2.40 petang di bangunan tersebut dengan diiringi Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin serta dilihat keluar pada pukul 3.30 petang.

Selain Raus, Dr. Mahathir turut bertemu dengan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram yang tiba pada pukul 3.15 petang serta bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang tiba pada 3.30 petang.

Kedua-dua Gopal dan Abdul Gani masih belum dilihat keluar dari bangunan berkenaan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Haron juga dilihat masuk ke bangunan Yayasan Kepimpinan Perdana pada 3.40 petang.

Sementara itu, bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador pada dilihat tiba pada pukul 3.25 petang dan pulang pukul 4 petang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×