1,300 Nissan Serena serba baharu telah ditempah - Utusan Malaysia

1,300 Nissan Serena serba baharu telah ditempah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA –  Nissan Serena 2.0L S-Hybrid serba baharu yang dilancarkan oleh pengedar tunggal dan pemasang kenderaan Nissan di negara ini, Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) semalam telahpun mendapat kira-kira 1,300 tempahan.

Pengarah Jualan dan Pemasaran ETCM, Christopher Tan berkata, jentera itu kekal popular dalam kalangan pengguna sejak ia mula diperkenalkan bagi pasaran tempatan pada 2013, malah turut mengekalkan dominasi dalam pasaran Jepun apabila kenderaan tersebut telahpun dijual lebih daripada 33,000 unit setakat ini.

Menurutnya, Nissan Serena S-Hybrid serba baharu ditawarkan pada harga RM147,500 untuk varian Premium Highway Star dan RM135,500 bagi Highway Star iaitu harga di atas jalan tidak termasuk insurans di Semenanjung Malaysia, dengan jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan.

“Nissan Serena S-Hybrid serba baharu mengadaptasi bahasa rekaan global Nissan generasi baru yang lebih dinamik dan sporty. Ciri-ciri utama ialah Gril Hadapan V-Motion, Lampu Utama LED Dua Lapisan, Lampu Signatur LED, reka bentuk Bumbung Terapung yang menyerlahkan ruang dalaman luas serta Lampu Belakang LED yang hadir bersama reka bentuk S tersendiri.

“Ciri NISSAN Intelligent Mobility (NIM) telah ditambah untuk memberi pengalaman pemanduan yang lebih mengujakan, yakin dan terhubung,” katanya pada majlis pelancaran jentera berkenaan di pusat beli-belah 1Utama di sini semalam.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Naib Presiden Pemasaran dan Jualan, Asia dan Oceania, Nissan Motor Asia Pacific Co., Ltd.. Vincent Wijnen.

Nissan Serena S-Hybrid serba baharu varian Highway Star didatangkan dengan satu warna baru iaitu Cashmere Gold bersama tiga warna sedia ada iaitu hitam (Diamond Black), putih (Brilliant White) dan perak (Tungsten Silver).

Varian Premium Highway Star pula hadir dengan rekaan warna luaran dua tona seperti badan putih (Brilliant White) dan bumbung hitam (Diamond Black), badan perak (Tungsten Silver) dan bumbung hitam (Diamond Black) serta badan Cashmere Gold (Body) dan bumbung berwarna Imperial Umber. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×