PUTRAJAYA – Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melaporkan diri di Pejabat Peguam Negara pagi ini.
Tan Sri Dzulkifli Ahmad tiba di pejabat Peguam Negara dekat Presint 4 di sini pada pukul 8.05 pagi tadi sambil melambai kepada dan melemparkan senyuman kepada wakil media yang menunggu di lobi khas bangunan ini.
Dzulkifli semalam melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM. Surat peletakan jawatan beliau diserahkan kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa.
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam memaklumkan pengganti Dzulkifli dalam jawatan tertinggi badan tersebut akan diisi hari ini.
Cubaan pemberita untuk menemu bual Dzulkifli bagaimanapun tidak berhasil dan kedudukan beliau di Jabatan Peguam Negara juga belum dapat dipastikan. – K! ONLINE











