UMNO mampu bangkit! - Utusan Malaysia

UMNO mampu bangkit!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

UMNO akan bangkit. Itu meru­pakan mesej tegas di­suarakan oleh Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selaku Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden.

Dalam sidang akhbar pertama beliau selepas mengambil alih tugas-tugas Presiden parti, Ahmad Zahid nampak yakin dan tidak teragak-agak untuk membawa perubahan kepada parti itu.

Di hadapan petugas media dan juga Ketua-ketua UMNO Bahagian di Menara Dato Onn’, Ahmad Zahid melaungkan keyakinan beliau bahawa UMNO mampu bangkit daripada kekalahan teruk dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) baru-baru ini.

Beliau tidak teragak-agak me­nubuhkan jawatankuasa khas untuk melaksanakan tugas serta tanggungjawab bagi membangkitkan kembali UMNO sebagai kuasa politik negara.

Sebagai ‘nakhoda’ baharu parti, Ahmad Zahid yang dibantu Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, optimis ujian dilalui parti itu adalah sementara untuk menguji kekuatan mereka.

Apa yang penting ialah kepe­mimpinan dan ahli akar umbi merapatkan barisan bagi melayari cabaran serta dugaan getir yang sedang melanda parti itu.

Dalam PRU-14 lalu, Barisan Nasional (BN) memenangi 78 kerusi Parlimen dengan 54 daripadanya disumbangkan oleh UMNO.

Sekiranya diambil kira sebagai parti tunggal, jelas UMNO mendahului parti-parti lain waima dalam gabungan Pakatan Harapan sekalipun.

Itu jelas memberi gambaran bahawa UMNO mampu merealisasikan kebangkitan, sekiranya parti itu mampu menstruktur semula ke­pemimpinan dan sistem mereka, tidak mustahil mereka bangkit dalam tempoh lima tahun akan datang.

Sebagai langkah permulaan, Ahmad Zahid memberi amaran bahawa kepemimpinan UMNO akan mengekang segala usaha untuk meracik parti itu.

“UMNO masih ada roh yang kuat untuk bergerak, biarpun yang mahu menghancurkan itu di luar UMNO,” tegas beliau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×