Harap perubahan lebih baik - Utusan Malaysia

Harap perubahan lebih baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Mei – Angkatan Tentera Ma­laysia (ATM) berharap pelantikan Menteri Per­tahanan baharu akan membawa perubahan dan pendekatan lebih baik kepada pasukan tersebut, malah berjanji memberi komitmen dan sokongan padu sepenuhnya.

Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata, beliau yakin dengan idea baharu dan pendekatan yang akan dicetuskan itu mampu membawa warga ATM ke arah lebih baik.

“Kita yakin pendekatan baharu itu nanti membawa warga ATM ke arah lebih baik dan yakin memberi kebaikan untuk menjaga keselamatan, maruah dan kedaulatan negara.

“Saya mewakili warga ATM berbangga dan mengalu-alukan kedatangan Men­teri Pertahanan baharu, Mo­hamad Sabu serta mengucap­kan tahniah atas pelantikan beliau menerajui kementerian ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Tabung Ihya’ Ramahan dan pengagihan sumbangan zakat ATM di Masjid Khalid Al-Walid, Kementerian Pertahanan, di sini hari ini.

Tabung itu merupakan sumbangan warga ATM bagi menampung segala akti­viti masjid sepanjang bulan Ra­madan selain memberi zakat kepada 80 asnaf serta memberi sumbangan zakat kepada masjid dan surau ATM seluruh negara.

Yang turut hadir Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkiple Kassim; Panglima Tentera Laut, Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin serta kira-kira 1,500 pegawai kanan dan warga ATM.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×