SPRM diminta siasat Najib - Utusan Malaysia

SPRM diminta siasat Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Mei – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menyiasat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana disyaki menggunakan jawatan dan kedudukannya untuk menerima suapan serta memiliki harta yang tidak dapat diperjelaskan.

Gesaan tersebut dibuat oleh bekas Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Abdul Razak Idris yang membuat dua laporan di bawah Seksyen 16 dan Seksyen 36 Akta SPRM 2009 di pejabat suruhanjaya tersebut di Kuala Lumpur kira-kira pukul 9.50 pagi tadi.

“Di bawah Seksyen 36, SPRM diberikan kuasa untuk mewajibkan Najib mengisytiharkan hartanya di dalam dan luar negara termasuk harta isteri, anak-anak dan juga anak tiri serta individu yang disyaki memiliki harta mereka.

“Saya juga meminta institusi kewangan mendedahkan harta yang dimiliki Najib supaya boleh dibandingkan dengan emolumen yang sah. Jika ada perbezaan, Najib harus menjelaskan lebihan harta yang tidak dapat dijelaskan itu,” katanya sebelum membuat laporan tersebut di SPRM Kuala Lumpur di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×