Kesihatan Almy Nadia terjejas teruk hamil anak ketiga - Utusan Malaysia

Kesihatan Almy Nadia terjejas teruk hamil anak ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Mei – Bakal menimang cahaya mata ketiga tidak lama lagi, Datuk Fizz Fairuz, 38, mendedahkan bahawa tahap kesihatan isterinya, Datin Almy Nadia, 32, yang sedang hamil enam minggu adalah sangat teruk berbanding dua pengalaman terdahulu.

Berkata kepada Utusan Online, Fizz memberitahu bahawa Almy sering muntah, lantas membuatkan pelakon wanita itu kelihatan tidak bermaya dan lesu.

“Disebabkan hal itu, dia banyak menghabiskan masa dengan baring atau tidur. Saya juga nasihatkan agar Almy tidak banyak bergerak dengan melakukan kerja-kerja rumah.

“Tetapi dia ini degil juga, kadang-kadang itu ada sahaja kerja yang hendak dilakukan, tidak boleh duduk diam,” ceritanya.

Fizz berkata demikian ketika ditemui sewaktu rakaman program raya Rumah Terbuka AF 2018 yang diadakan di Seri Kembangan, di sini semalam.

Menganggap kurniaan Allah itu adalah hadiah paling bermakna bagi menyambut ulang tahun perkahwinan keempat mereka, Fizz juga berdoa agar dianugerah seorang bayi lelaki.

“Kami sudah mempunyai dua cahaya mata perempuan, jadi kali ini tinggi harapan untuk memiliki anak lelaki pula,” katanya menambah.

Mengulas tentang kelakuan aneh Almy, aktor kelahiran Pahang itu akui isterinya tidak gemar bersolek jika hendak keluar rumah walaupun pergi ke tempat tumpuan awam.

“Kalau dulu, nak keluar ke tempat ramai orang, paling tidak pun mesti dia akan pakai bedak dan gincu. Tetapi, sekarang ini langsung tak nak.

“Lagi satu perubahan, Almy sangat suka minum air manis berbanding sebelum ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×