KUALA LUMPUR – Selepas tujuh minggu berentap, penyanyi Fitri Haris menepati ramalan apabila dinobatkan selaku juara program Gema Gegar Vaganza musim kedua (GGV2) pada malam final yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil di sini sebentar tadi.
Kemenangan itu membolehkan Fitri, 33, membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM100,000 dan sebuah trofi.
Pada malam final, Fitri yang merupakan bekas anggota kumpulan nasyid UNIC mempersembahkan lagu Zinnirah (nyanyian asal UNIC) pada pusingan o sebelum membawa lagu Al Nuraa.. Yang 5.. Yang 6 bersama Adeep Nahar pada pusingan battle.
Tempat kedua pula dimenangi oleh Adeep dengan membawa pulang hadiah kemenangan RM30,000 dan sebuah trofi, manakala penyanyi Awi Rafael pula di tempat ketiga dengan wang kemenangan berjumlah RM20,000 dan trofi.
Kumpulan InTeam, pasangan dua beradik Hazwani dan Heliza Helmi dan Brothers pula hanya berpuas hati di tempat keempat, kelima serta keenam dengan hadiah kemenangan masing-masing bernilai RM15,000, RM10,000 dan RM5,000.
Malam penentuan menggunakan seratus peratus undian daripada juri profesional terdiri daripada Farihin Abdul Fattah dan Oki Setiana Dewi serta juri jemputan, Datuk M. Nasir. – K! ONLINE










